Wahai sahabat yang ku kasihi,
Hari ini kita bertemu kerana ALLAH,
Besok hari kita berpisah kerana ALLAH,
Duhai sahabat..
Masihkah kau ingat janji kita?
Kita berjanji bersama-sama 'meredah' onak kehidupan ini,
Kita berjanji bersama-sama 'berlumba-lumba' dalam melakukan kebaikan,
Duhai sahabat....
Apakah kau masih ingat?
Kita berjanji dan berikrar...
meneruskan perjuangan nabi...
Meredah lautan manusia yang semakin 'mengganas'..
Kita berjanji menjadi pemuda sehebat usamah bin zaid..
Adakah engkau masih ingat wahai sahabatku?
Dahulunya...
engkau berada di sampingku,
mengajarkanku erti sebuah 'pengorbanan',
memapahku ketika saat ku jatuh,
membelaku saat nafsu manusia membuak-buak,
engkau tidak pernah merasa bosan denganku...
malah bibirmu tidak lekang mengukir senyuman,
sahabatku..
kini,kau telah tiada di sisi,
janji kita,akan ku teruskan,
Dalam mencari redo ilahi,
semoga ALLAH bersamamu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan