Sabtu, 27 November 2010

Sebarkanlah : Wahai muslim!Penggunaan perkataan "SALAM" itu ada maksud tersendiri..!!!

wei!! kwan2.. tbew2 ak on9 ak trbace artikel niew.. slme ini kte tk tau.... skrng niew ak nk korng tau... 
(klau korng dh tau xpew la) hehe
sebagai mnsie kne pesan berpsan.... nnti lpew...

ASSALAMUALAIKUM KAWAN-KAWAN...SHARE LA NOTES NI, SEMOGA KITA SENTIASA DIRAHMATI...;)


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) 

السلاما=keamanan.....

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.


Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.


Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz Assalamualaikum dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

 dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

WAALAI KUMUS SALAMdan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;              

WAALAI KUM SALAM


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer


Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan AssalamualaikumdenganA’kum dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.


Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan            
  “As Salam yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A’kum dalam sms ataupun email. Perkataan AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud BINATANGdalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortformA’kum“, kita ingatkan dia guna As Salam kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum“.

Sekian, semoga ada manfaatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan